Saturday 16 January 2016

Resepi Aiskrim Untuk anak

Assalamualaikum

bila hujung minggu kadang-kadang anak-anak ni dia punya selera makan memang macam-macam. 

dok minta nak makan itu la....inilah. 

kaklong nak share harini resepi aiskrim yang mudah dan ringkas ala-ala aiskrim magnum rasanya. kelasss ko jahhh. 

Bahan-bahan yang perlu ada :

Aiskrim dalam bekas 
Nips/m&m's/
wafer roll
hazelnut/peanut/almond nut (kisar kasar) 👉🏿saya tak gunakan pun. 
Spreado

caranya:
1. ambil mangkuk comel dan isikan 3 scoop aiskrim. 

2. letakkan nips di atas aiskrim

3. picitkan Spreado kat atas aiskrim

4. susun wafer roll dan baki nips.

5. sedia untuk dihidangkan. 

* Spreado ni adalah jem coklat. ianya mudah dibawa ke mana sahaja. hanya goncang dan picit. 

coklat cair Spreado ni akan mengeras bila terkena aiskrim dan akan buatkan rasanya Wowww ‼️

tak perlu simpan dalam peti ais. hanya simpan pada suhu bilik sahaja. 






anak-anak ni kalau dapat Spreado tu tak sempat nak picit atas aiskrim. dia picit masuk mulut dia. huhuhu....10 botol pun tak apa-apa kalau macam tu. 

orang kata makan coklat boleh gemuk. tapi tak juga gemuk budak-budak ni. kurus keringggg je. 



No comments:

Post a Comment

Birthday Kek

Assalamualaikum, pening kan nak cari kek yang sedap dan comel. pastu yang boleh delivery atau buatkan suprise delivery dengan harg...